Program Kemahiran Pengurusan Konflik & Membuat Keputusan (Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM))

Bismillah. Sesi kepimpinan yang penuh interaktif, reflektif dan berkesan. Satu penghormatan dapat bersama para pemimpin yang terdiri dari Pengarah & Timbalan Pengarah ILKKM seluruh Malaysia.
 
Fokus sesi ini:
Bagaimana pemimpin membuat keputusan dalam situasi konflik dan tekanan
 
Ayat utama yang menjadi teras (An-Nisa 4:58):
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaklah kamu menetapkannya dengan adil…”
 
➡️ Inilah “payung besar” kepada tema kepimpinan, konflik & keputusan
Setiap keputusan pemimpin adalah amanah, dan amanah itu mesti dilaksanakan dengan adil. Bukan emosi atau bias.
 
5 Komponen yang diterokai bersama
 
1️⃣ GOAL – Bila matlamat jelas, keputusan boleh dipertahankan walaupun sukar.
2️⃣ PENGHALANG – Ego & emosi sering mengaburi keadilan.
3️⃣ IMPACT – Keputusan kecil yang tidak adil boleh runtuhkan kepercayaan & prestasi organisasi.
4️⃣ CHECKLIST – Kerangka menjadikan keputusan lebih objektif & telus.
5️⃣ REFLEKSI – Pemimpin yang hebat bermula dengan kesedaran diri.
 
Antara refleksi peserta selepas program:
“Saya kini lebih sistematik dalam membuat keputusan.”
“Saya lebih yakin dan tidak lagi takut berhadapan konflik.”
“Saya sedar konflik bukan ancaman, tetapi peluang untuk mendamaikan dengan adil.”
Kepimpinan di peringkat tinggi bukan sekadar jawatan, tetapi amanah besar.
Bila konflik diurus dengan hikmah, dan keputusan dibuat dengan adil, organisasi akan berkembang dengan integriti & resilience.
 
Alhamdulillah..
 
Terima kasih ILKKM atas jemputan & kepercayaan yang diberikan.
 
Sampai jumpa lagi di sesi seterusnya, insyaAllah.
Selamat tinggal Langkawi.
 
Langkawi Seaview Hotel | 21 Ogos 2025
Kemahiran Pengurusan Konflik & Membuat Keputusan
Anjuran Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM)
 

Mahu adakan program seperti ini untuk syarikat/organisasi anda?

Hubungi kami untuk berbincang selanjutnya.