Emotional Intelligence & Mental Wellness (Kelab Golf Seri Selangor)

Rupanya, ramai yang tidak tahu bagaimana hendak menguruskan tekanan.
Emosi yang tidak diurus akan jadi beban.
 
Dan beban itulah yang:
➡️ melemahkan mental,
➡️ mematahkan semangat,
➡️ dan membuatkan kita hilang fokus dalam hidup dan kerja.
 
Contohnya,
bila kita simpan marah terhadap rakan sekerja, setiap kali bertembung, hati jadi sempit. Kerja yang mudah pun terasa berat.
 
Begitu juga bila kita simpan luka lama, kita tak sedar ia mencuri tenaga dan ketenangan hari ini.
 
Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nur ayat 22:
“Hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Tidakkah kamu suka bahawa Allah mengampuni kamu? Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.”
Peringatan untuk saya sendiri:
♥️ Ingat Azura, memaafkan bukan tanda kalah, tetapi tanda matang mengurus emosi.
♥️Melepaskan bukan tanda lemah, tetapi tanda kuat kerana berani hidup bebas dari luka lama.
♥️Bila kita lepaskan, kita jadi lebih ringan, lebih tenang, dan lebih fokus.
.
.
3 Tindakan Praktikal
 
1. Memaafkan dengan ikhlas – kerana kita mahu rahmat Allah, bukan kerana orang itu layak.
➝ Contoh: Maafkan kesilapan kecil pasangan atau rakan sekerja, walau hati masih terasa.
 
2. Melepaskan beban lama – jangan ulang tayang kisah negatif, ia hanya menambah luka.
➝ Contoh: Jangan buka semula cerita silap orang bertahun lalu setiap kali bergaduh.
 
3. Putuskan kitaran negatif – hentikan lingkaran sakit hati dengan doa dan kebaikan.
➝ Contoh: Gantikan rungutan dengan doa yang baik- baik.
اللَّهُمَّ يَا غَفُوْرُ، يَا سَلَامُ، يَا حَلِيْمُ،
Ampunilah dosa kami, tenangkan hati kami, dan lembutkan jiwa kami untuk sentiasa memaafkan, melepaskan, dan memutuskan kitaran negatif dalam hidup kami. آمين.
 
Bayangkan.. jika memaaf dan melepaskan. Hati akan lebih ringan.
Tidak lagi menyimpan beban lama.
Mampu tidur lebih lena.
 
Datang bekerja dengan jiwa yang tenang.
Dan lebih fokus untuk mencapai matlamat hidup serta kerjaya.
Insyaa Allah.
 
Soalannya untuk anda hari ini:
Apa beban yang anda ingin lepaskan supaya anda boleh pulang dengan hati yang lebih ringan dan tenang?
 
Terima kasih Kelab Golf Seri Selangor atas kepercayaan dan jemputan.
 
Tajuk: Emotional Intelligence & Mental Wellness.
 
Semoga bermanfaat, semoga ada kebaikan.
Sampai jumpa lagi, insyaaAllah.
 

Mahu adakan program seperti ini untuk syarikat/organisasi anda?

Hubungi kami untuk berbincang selanjutnya.