Building Resilience Workplace Culture (EPIC Berhad)

Bila kita sebut “resilience” (daya tahan) di tempat kerja, ramai bayangkan hanya perlu kuat mental bila tertekan.
 
Hakikatnya, resilience bukan sekadar bertahan
tetapi …
bagaimana kita bangkit, belajar, dan mengekalkan budaya kerja yang sihat walaupun cabaran datang silih berganti.
 
Contohnya:
Seorang staf yang mampu adapt bila projek tiba-tiba ditukar.
 
Seorang leader yang masih tenang dan mampu memberi hala tuju walaupun syarikat berdepan krisis.
 
Sebuah pasukan yang saling menyokong, bukan saling menyalahkan, bila target tidak tercapai.
 
Mengapa ‘Resilience’ penting?
 
Kerana tempat kerja yang resilient melahirkan staf yang lebih produktif, kreatif, dan setia.
 
Tanpa resilience, kita mudah terbawa emosi, hilang fokus, malah budaya kerja jadi toksik.
 
Ayat al-Quran
Allah SWT berfirman:
“Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang beriman…” (Surah At-Taubah: 105)
Ayat ini mengingatkan bahawa kerja kita bukan sekadar rutin mencari rezeki, tetapi satu bentuk ibadah yang dinilai Allah.
 
Peringatan untuk saya
Saya juga perlu ingat bahawa setiap tugasan, mesyuarat, dan interaksi di tempat kerja adalah amanah. Resilience bukan datang dari kekuatan sendiri semata-mata, tetapi kerana sandaran kita kepada Allah.
 
✅ 3 Tindakan Praktikal
 
1. Jaga niat bekerja – betulkan niat setiap pagi: “Hari ini aku bekerja kerana Allah.”
2. Latih minda fleksibel – bila perubahan berlaku, sebut pada diri: “Ini peluang belajar, bukan beban.”
3. Kuatkan sokongan sesama rakan kerja – ucapkan penghargaan sekecil apa pun, kerana itu vitamin emosi yang buat semua lebih bertahan.
 
Bayangkan jika organisasi kita benar-benar membina budaya resilience:
Tekanan tidak lagi menghancurkan, malah menjadi bahan bakar untuk inovasi.
Staf pulang dengan hati tenang, bukan kepala berserabut.
 
Pemimpin dan pekerja sama-sama rasa “kita satu pasukan”, bukan “kau lawan aku.”
“It’s not stress that kills us, it is our reaction to it.” – Hans Selye
Kerana akhirnya, membina budaya kerja resilience bukan sekadar untuk produktiviti tapi untuk memastikan setiap langkah kerja kita kekal sebagai ibadah yang bernilai di sisi Allah.
 
Ya Allah, jadikan kami hamba-Mu yang tabah, tenang, dan sentiasa ikhlas dalam setiap amanah kerja., dan jadikan tempat kerja kami sumber kebaikan dan keberkatan.
 
Terima kasih yang tidak terhingga kepada EPIC Berhad atas jemputan dan kepercayaan untuk bersama membina budaya kerja resilience ini.
 
InsyaaAllah, sampai jumpa lagi dalam sesi akan datang
 

Mahu adakan program seperti ini untuk syarikat/organisasi anda?

Hubungi kami untuk berbincang selanjutnya.