Tarikh : 21 Mei 2025
Tempat : Palm Seremban Hotel
Klien : Pelbagai syarikat di bawah HRD Corp contribution
Alhamdulillah, selesai sudah ‘Program Pencegahan Salah Laku di Tempat Kerja: Gangguan Seksual & Etika Profesional’ yang kami anjurkan selaku Training Provider.
Antara tajuk ‘hot’ yang kami bawakan hari ini bersama penceramah berpengalaman.
Lebih 60 peserta hadir dari pelbagai syarikat di bawah HRD Corp contribution.
Terlalu banyak kes yang berlaku di tempat kerja:
- Ada yang terpaksa berhenti kerja.
- Ada yang bercerai-berai.
- Ada yang mengalami tekanan emosi berpanjangan.
- Ada yang sampai rasa nak tamatkan hidup.
Dan yang paling menyedihkan si pelaku ada yang masih berlagak seperti tiada apa berlaku.
Ada yang muka tak tahu malu.
Lagi-lagi bila dia bergelar suami, malah ayah.
Saya tertanya-tanya, tak malukah dia pada anak-anak sendiri?
Tak terfikirkah…
satu hari nanti, anak perempuannya sendiri mungkin melalui perkara yang sama?
Alhamdulillah, peserta hari ini sangat aktif dan terbuka. Ramai yang akui:
“Isu ni bukan straight forward. Kena ada mind map dan kefahaman yang jelas.”
Ramai juga minta supaya diadakan kelas lanjutan.
Kerana mereka mula sedar topik ini bukan sekadar maklumat, tapi soal keberanian dan tindakan.
Terima kasih dan tahniah buat semua peserta juga penceramah yang mantap dan berpengalaman luas.
Saya doakan, kita semua jadi ejen perubahan di tempat kerja.
Zero sexual harassment – keharmonian organisasi – keharmonian rumahtangga – keharmonian diri
Insyaa Allah.

Jom Sertai Kami & Bina Pasukan Kerja yang Lebih Hebat
Nak tengok team anda lebih fokus, bertenaga dan bersemangat di tempat kerja?
Kami tawarkan pelbagai latihan & bengkel profesional — dari kemahiran insaniah, kepimpinan, kesejahteraan mental hinggalah komunikasi berkesan. Semua dirangka khas untuk bantu organisasi capai prestasi terbaik.
📌 Tempah slot anda hari ini dan mulakan langkah ke arah budaya kerja yang lebih sihat, produktif & berimpak tinggi!









