Tarikh: 8-9 Mei 2025
Tempat: Hotel Palm, Seremban
Speaker: Dr. Azura Hashim
Klien: SALAM Specialist Hospital
Dalam dunia yang pantas dan penuh tekanan, ramai yang berjaya luaran.
Tapi terluka di dalam.
Itulah yang menjadi ilham saya untuk menjayakan program- program seumpama ini.
Sebagai speaker, saya menyaksikan sendiri bagaimana para peserta mula melihat semula diri mereka dengan penuh kasih dan kesedaran.

Selama dua hari, kami bukan sekadar belajar tentang teknik kawal emosi atau cara urus tekanan kerja.
Kami bersama-sama menyelami bagaimana untuk:
• Memaafkan diri sendiri
• Mensyukuri hidup seadanya
• Menemui semula tujuan diri dan hala tuju hidup

Ada peserta yang berkongsi:
“Saya sedih sebelum datang, tapi kini saya lebih sayang diri sendiri.”
“Saya rasa training ni bukan sekadar ilmu, tapi healing.”
“Saya datang hanya untuk kursus, tapi saya pulang dengan kesedaran baru.”
“Lepas ni saya tak akan lepaskan peluang untuk hadir lagi program Dr Azura.”
Dan satu testimoni yang benar-benar menyentuh hati saya:
“18 tahun saya di SALAM Senawang, inilah satu-satunya training yang tidak membebankan, sangat release, sangat relaks tapi dapat banyak ilmu dari segi kehidupan dan kerjaya. Yang penting training ini ingatkan kita untuk bersyukur. Tak tertekan, saya rasa this is the best training. Terima kasih Dr Azura dan team.”
Kita semua pernah rasa lelah.
Tapi ramai tak tahu, lelah itu kadang bukan fizikal tapi emosi yang tidak terjaga.

Program ini membuka ruang untuk peserta:
• Mengenali kekuatan dan nilai diri
• Belajar teknik urus emosi & tekanan
• Membangunkan daya tahan (resilience)
• Menemui arah hidup yang lebih jelas
“Saya dapat self-realization. Kursus ini hidupkan semula spark yang saya hilang. Saya datang cuma nak berkursus… tapi saya pulang dengan kesedaran baru.”
Terima kasih kepada semua peserta yang hadir.
Terima kasih SALAM Specialist Hospital atas kepercayaan dan jemputan.

Saya percaya,
Kita tak perlu tunggu untuk ‘rosak’ baru mula rawat diri.
Kesihatan mental bukan pilihan. Ia adalah amanah.
Dan menjaga emosi adalah sebahagian dari ibadah.
“Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.”(Surah Az-Zumar, 39:53)
Jom Sertai Kami & Ubah Suasana Tempat Kerja Anda
Ini peluang terbaik untuk bantu team anda kuasai skil penting supaya mereka lebih tenang, fokus dan tahan stres dalam dunia kerja yang makin mencabar.
Latihan mindfulness bukan sekadar untuk jaga emosi dan kesihatan mental — ia juga bantu tingkatkan prestasi, kerjasama dan semangat kerja dalam syarikat anda.
📌 Tempah tempat anda hari ini dan mulakan langkah pertama ke arah suasana kerja yang lebih positif & produktif!
👉 Klik sini untuk minta sebut harga sekarang!
#MentalHealthMatters #emotionalintelligence #SelfLeadership #DrAzuraHashim #Mediv #KesihatanMental #hrdcorpclaimablecourse




