Program Emotional Intellegence : Urus Emosi, Tingkatkan Prestasi (Bank Rakyat)

8 KEMAHIRAN INSANIAH PENTING UNTUK PERTUMBUHAN PROFESIONAL 2026
 
  1. Keupayaan Menyesuaikan Diri (Adaptability) – Kekal tenang dan berkesan ketika menghadapi perubahan.
  2. Kecerdasan Emosi (Emotional Intelligence) – Mengenali emosi dan bertindak balas dengan bijaksana.
  3. Kreativiti (Creativity) – Menyelesaikan masalah dengan idea baharu dan inovatif.
  4. Kerjasama Berpasukan (Teamwork) – Bekerjasama dengan berkesan untuk mencapai matlamat bersama.
  5. Pengurusan Konflik (Conflict Management) – Menyelesaikan pertikaian dengan bijak dan penuh profesionalisme.
  6. Komunikasi (Communication) – Menyampaikan idea dengan jelas dan meyakinkan.
  7. Pengurusan Masa (Time Management) – Mengatur masa dengan niat dan kecekapan.
  8. Kepimpinan (Leadership) – Memberi inspirasi kepada orang lain melalui teladan dan visi.
 
Berdasarkan kajian. Pada tahun 2026, kemahiran insaniah akan menjadi sama pentingnya dengan kepakaran teknikal.
“Maka disebabkan rahmat dari Allah engkau berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri darimu…” (Surah Ali ‘Imran, 3:159)
Ayat ini sangat sesuai untuk kaitkan dengan leadership & emotional intelligence.
 
➡️ Peringatan untuk saya:
Kepimpinan yang sejati bukan hanya tentang KPI, tetapi bagaimana kita menyentuh hati dan membina manusia.
 
➡️ Tindakan untuk saya:
Mulakan dengan mengurus emosi sendiri. Dengarkan dengan empati.
Bila hati tenang, barulah kerja jalan.
Urus emosi. Tingkat prestasi.
 
Dan bila staf faham emosi sendiri, barulah organisasi boleh berkembang secara seimbang antara KPI dan KEBIJAKSANAAN HATI juga KEPIMPINAN.
 
Inshaa Allah..
 
Terima kasih Bank Rakyat, kerana membuka ruang untuk kami menjadi pengendali latihan untuk topik ini.
 
Selesai batch keempat.
 
Semoga ada manfaat dan kebaikan yang tersebar. Aamiin
 
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu hati yang tenang, akal yang bercahaya, rezekikanlah kami hikmah dalam kepimpinan dan adil dalam keputusan.
 

Mahu adakan program seperti ini untuk syarikat/organisasi anda?

Hubungi kami untuk berbincang selanjutnya.