Program Menyusun Semula Model Bisnes Secara Strategik (PKINK)

Saya ingat lagi bulan lepas, ketika saya berada di Sabah. Saya menerima panggilan daripada Dato’ Sr. Hj Zamri bin Hj Ismail, CEO PKINK sendiri.
 
Akhirnya, pada 23 Julai 2025, kami diberi amanah untuk melaksanakan program bersama pemimpim dan ketua bagi anak- anak syarikat di bawah PKINK. (Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan).
 
Seperti biasa, pendekatan kami adalah interaktif, hands-on dan reflektif.
 
Modul yang direka khas sebagai tool coaching. Bukan sekadar memberi ceramah.
 
Antara aktiviti paling menarik ialah sesi model play.
 
Membina semula struktur dan halatuju bisnes secara visual dan kreatif.
 
Banyak idea-idea segar dan solusi bernas tercetus hanya dalam beberapa jam.
 
Masya Allah. Antara feedback:
 
“Saya memang kagum dan puas hatilah sebab banyak benda kita tak terfikir, tiba-tiba ada depan meja.”
“Kena cuci balik minda dan revise balik. Banyak benda baru dapat.”
 
Terima kasih kepada seluruh team PKINK yang komited, terbuka dan memberi ruang untuk kami berkolaborasi secara bermakna.
 
Dan tahniah kepada semua pemimpin PKINK.
 
Semoga ini menjadi titik mula kepada strategi yang lebih kuat dan mampan buat organisasi masing-masing.
 
 
Program: Menyusun Semula Model Bisnes Secara Strategik
Anjuran: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)
Lokasi: Pusat Transformasi Bandar (UTC), Kelantan

Mahu adakan program seperti ini untuk syarikat/organisasi anda?

Hubungi kami untuk berbincang selanjutnya.

Gambar sekitar program