Webinar Dari Impian ke Realiti – Mencipta Legasi Sebagai Wanita Berinspirasi

Tarikh: 25 Mac 2025
Tempat: Zoom (Online)
Speaker: Dr. Azura Hashim
Klien: Law Practice of Junny Erfisyahry (LPJE)

 

“Siti Hajar tidak menunggu perubahan. Tetapi menciptanya dengan langkah, doa dan tawakal.”

Hari ini saya berpeluang berkongsi dalam Webinar: Dari Impian ke Realiti – Mencipta Legasi Sebagai Wanita Berinspirasi, sempena Hari Wanita Sedunia.

Saya bawakan sebuah kisah yang agung. Iaitu kisah Siti Hajar, wanita biasa yang meninggalkan legasi luar biasa.

Beliau ditinggalkan bersama anak kecil di lembah tandus. Tiada air. Tiada orang.

Tetapi dengan kejelasan niat, usaha yang berterusan dan hati yang bertawakal, lahirlah zamzam, Mekah, dan ibadah Sa’i yang menjadi rukun haji.

Inilah ikon hebat watak luarbiasa legasi hebat yang Allah izinkan seorang wanita yang berinspirasi.

Kisah ini boleh disimpulkan dengan

H.A.J.A.R – Jiwa Ketahanan Seorang Wanita yang berinspirasi

H – Hala tuju jelas: Beliau tahu dia perlu bertindak, bukan menunggu.
A – Adaptasi dalam cabaran: Bergerak walau tidak pasti. – Resilience.
J – Jiwa yang kental: Bertahan walau sendirian.- Anti fragile.
A – Analisis & usaha berulang: Tindakan beliau bukan sekali, tapi tujuh kali.
R – Rangkaian & legasi: Beliau berunding dengan kabilah Jurhum. Dia bukan hanya bertahan, tapi membina komuniti yang luar biasa.

Dan sebagai wanita nak memulakan menjadi yang berinsipirasi dan WIN (Win dunia dan akhirat)

W.I.N.

W – Wanita yang Sedar Potensi Diri
Kita tak sempurna, tapi kita cukup untuk bermula. Bila kita kenal kekuatan & ruang untuk berkembang, kita tak mudah rasa rendah diri.

I – Impian yang Jelas & Strategik
Bukan sekadar mahu “bahagia” atau “berjaya”—tapi tahu bagaimana untuk sampai ke sana, dan kenapa kita mahukannya.

N – Niat yang Jelas & Ikhlas
Seperti Siti Hajar, niatnya bukan untuk dikenang. Tapi kerana niatnya tulus, Allah abadikan namanya dalam ibadah umat akhir zaman.

Bagaimana nak kekalkan momentum?

A.C.T – Bila semangat hampir padam

A – Ambil satu langkah kecil hari ini
C – Checklist sebagai panduan, bukan tekanan
T – Teruskan walaupun perlahan

Kita semua sedang “berlari” hari ini.

Bukan di padang pasir, tapi dalam hidup yang penuh tuntutan, cabaran dan harapan.

Dan setiap langkah kita.

Walau kecil, walau senyap, tetap membawa makna jika dilakukan dengan niat dan kebergantungan kepada Allah.

Semoga dalam 10 malam terakhir Ramadan ini, kita juga berpeluang mencipta legasi dari hati yang ikhlas, langkah yang berani, dan niat yang murni.

Menjadi sebaik- baik insan iaitu yang memberi manfaat.

Terima kasih kepada penganjur & peserta yang membuka ruang untuk perbualan yang penuh makna hari ini.

Sampai jumpa lagi. Insyaa Allah

 

Jom Bersama Kami & Bina Pasukan Kerja yang Lebih Hebat

Nak tengok team anda lebih fokus, bertenaga dan bersemangat di tempat kerja?

Kami tawarkan pelbagai latihan & bengkel profesional — dari kemahiran insaniah, kepimpinan, kesejahteraan mental hinggalah komunikasi berkesan. Semua dirangka khas untuk bantu organisasi capai prestasi terbaik.

📌 Tempah slot anda hari ini dan mulakan langkah ke arah budaya kerja yang lebih sihat, produktif & berimpak tinggi!

👉 Klik sini untuk dapatkan sebut harga sekarang!