Tarikh: 1-2 Februari 2025
Tempat: Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang
Speaker: Dr. Azura Hashim & Tn Ahmad Firdaus Mahmod
Klien: BSN Selangor
Dalam dunia kerja hari ini, teambuilding bukan lagi aktiviti suka-suka semata. Ia adalah komponen penting dalam membina organisasi yang lebih kuat, bersatu dan berdaya saing. Tanpa pasukan yang saling menyokong, bertanggungjawab dan bergerak dalam hala tuju yang sama, mustahil untuk capai kejayaan yang mampan.
Pernah tak dalam kerja seharian, kita alami situasi macam ni:
“Aku ingatkan dia yang patut uruskan.”
“Bukan kerja aku, kan team lain yang kena buat?”
“Aku dah buat bahagian aku, selebihnya bukan tanggungjawab aku.”
Dan akhirnya, kerja tergendala. Target tak capai. Semua orang mula saling menyalahkan.
BILA SEMUA ORANG FIKIR ORANG LAIN AKAN BUAT, ITULAH PUNCA MASALAHNYA.
Teamwork memang penting. Tapi teamwork tanpa personal accountability? Hasilnya, kerja tak jalan.
Pada 1–2 Februari 2025 tempoh hari, kami dijemput untuk memfasilitasi BSN Sales State Conference (Selangor) di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang. Program dua hari ini bukan sekadar sesi rehat dari rutin harian, tapi sebuah perjalanan menyentuh hati — tentang bagaimana kita sebagai pasukan boleh bergerak lebih jauh bila setiap individu ambil peranan dengan ikhlas dan bertanggungjawab.
Daripada aktiviti energizer yang penuh semangat (mindset kena ON dulu), ke cabaran yang menguji cara kita berfikir — semuanya direka khas untuk membantu peserta melihat semula tanggungjawab mereka, bukan hanya kepada tugas, tapi kepada pasukan secara keseluruhan.
Salah satu momen refleksi paling powerful adalah bila peserta mula sedar:
“Kejayaan pasukan bukan tentang siapa buat paling banyak, tapi siapa yang sanggup ambil peranan dengan lebih efektif.”
Setiap aktiviti bukan sekadar fun, tapi ada nilai yang membuka minda dan melekat di hati. Bila semua orang “all in,” bukan saja kerja jadi lancar — hubungan sesama rakan sekerja pun jadi lebih erat.
Saya baru habis baca buku QBQ (The Question Behind the Question), dan ada satu prinsip utama yang terus terngiang:
❌ “Kenapa benda ni tak jalan?”
✅ “Apa yang aku boleh buat supaya benda ni berjalan dengan lebih baik?”
❌ “Kenapa pelanggan tak puas hati?”
✅ “Apa yang aku boleh buat untuk tingkatkan pengalaman pelanggan?”
❌ “Kenapa kita selalu tak capai target?”
✅ “Apa langkah yang aku boleh ambil untuk bantu team capai target?”
Akhirnya, kejayaan team bukan tentang siapa paling berbakat, tapi siapa paling bertanggungjawab.
Bila semua orang fikir “orang lain akan buat,” itulah punca masalah.
Tapi bila setiap individu mula tanya “Apa yang AKU boleh buat?”, itulah titik perubahan.
Sepanjang program ni, senyuman, gelak ketawa, dan semangat peserta membuktikan — BSN Selangor ada pasukan yang hebat, yang sanggup buat yang terbaik untuk diri, untuk team, dan untuk pelanggan mereka.
Terima kasih atas kepercayaan, dan tahniah kepada semua yang terlibat.
Semoga segala ilmu dan refleksi ini terus subur dalam budaya kerja BSN.
Sampai jumpa lagi dalam sesi teambuilding akan datang, in shaa Allah.
Jom Sertai Kami & Bina Pasukan Kerja yang Lebih Hebat
Nak tengok team anda lebih fokus, bertenaga dan bersemangat di tempat kerja?
Kami tawarkan pelbagai latihan & bengkel profesional — dari kemahiran insaniah, kepimpinan, kesejahteraan mental hinggalah komunikasi berkesan. Semua dirangka khas untuk bantu organisasi capai prestasi terbaik.
📌 Tempah slot anda hari ini dan mulakan langkah ke arah budaya kerja yang lebih sihat, produktif & berimpak tinggi!
👉 Klik sini untuk dapatkan sebut harga sekarang!











