Tarikh: 5–6 Februari 2025
Tempat: TEGAS Digital Village, Kuching
Speaker: Dr. Azura Hashim & Tn Ahmad Firdaus Mahmod
Klien: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS)
Alhamdulillah, selesai sudah program 2 hari Strategic Planning bersama pasukan hebat dari Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS). Sesi yang berlangsung di TEGAS Digital Village, Kuching ini merupakan satu pengalaman luar biasa yang menyatukan aspirasi, visi, dan semangat pembangunan anak muda di negeri Sarawak.
TEGAS adalah sebuah inisiatif kerajaan negeri Sarawak yang memainkan peranan penting dalam memperkasa bidang inovasi, keusahawanan, dan pembangunan bakat generasi muda. Sepanjang sesi, kami sama-sama meneliti strategi terbaik untuk mencapai visi jangka panjang, memperkukuh nilai teras organisasi, dan memastikan setiap langkah selari dengan hala tuju besar negeri.
Apa yang paling mengagumkan adalah tenaga kerja di sebalik TEGAS — terdiri daripada anak-anak muda Sarawak yang bijak, berani menyuarakan idea, dan sangat komited dengan tanggungjawab yang dipikul. Walaupun tugasan berat, mereka menanganinya dengan penuh minat dan semangat. Passion mereka terhadap kemajuan negeri cukup menginspirasikan.
Sesi ini turut mendapat sokongan penuh daripada CEO TEGAS, Tn Hj Udin Bujang, yang menunjukkan kepimpinan berdedikasi dan terbuka kepada idea-idea baharu. Maklum balas daripada peserta juga sangat positif, menandakan keberkesanan pendekatan kolaboratif dalam membentuk strategi yang realistik dan berimpak tinggi.
Kami sangat berbesar hati menerima kepercayaan ini, dan tak sabar untuk terus berkolaborasi dalam inisiatif-inisiatif akan datang. Moga segala input yang dikongsi menjadi pencetus kepada langkah-langkah berani yang lebih tersusun dan bermakna buat TEGAS dan seluruh ekosistem pembangunan belia di Sarawak.

Jom Sertai Kami & Bina Pasukan Kerja yang Lebih Hebat
Nak tengok team anda lebih fokus, bertenaga dan bersemangat di tempat kerja?
Kami tawarkan pelbagai latihan & bengkel profesional — dari kemahiran insaniah, kepimpinan, kesejahteraan mental hinggalah komunikasi berkesan. Semua dirangka khas untuk bantu organisasi capai prestasi terbaik.
📌 Tempah slot anda hari ini dan mulakan langkah ke arah budaya kerja yang lebih sihat, produktif & berimpak tinggi!










