Tarikh: 6-7 Mei 2025
Tempat: Bank Rakyat Kuala Lumput
Speaker: Dr. Azura Hashim
Klien: Bank Rakyat
Program ‘Emotional Intelligence’ anjuran Bank Rakyat ini adalah program bersiri untuk sepanjang tahun.
“Urus Emosi, Tingkatkan Prestasi.”
Bunyi macam simple, tapi realitinya tak semua orang tahu caranya.
Dalam dunia kerja dan kehidupan, ramai yang:
- Pandai sembunyi rasa, tapi makin hari makin penat.
- Cemerlang di atas kertas, tapi goyah bila tekanan datang.
- Nampak tenang di luar, tapi dalam hati penuh gelora.
- Sebab itu pentingnya Emotional Intelligence (EQ).
Ia bukan sekadar tahu emosi orang lain, tapi:
- Kenal emosi sendiri.
- Urus emosi dengan bijak.
- Empati terhadap orang sekeliling.
- Bijak berkomunikasi, walau dalam konflik.
- Tahu bila perlu lepaskan, bila perlu bertahan.
Kenapa EQ penting?
70% kegagalan dalam kerjaya berpunca dari isu emosi, bukan teknikal (Dr. Travis Bradberry).
EQ tinggi = hubungan kerja lebih harmoni.
EQ kukuh = kepimpinan lebih dihormati.
Cabaran EQ?
- Emosi yang terpendam lama.
- Terlalu reaktif bila stres.
- Tiada ruang untuk regulate diri.
- Terlalu fokus pada kerja, lupa kesihatan emosi.
Checklist “EQ Seimbang”:
- Saya sedar emosi saya hari ini.
- Saya tahu punca tekanan saya.
- Saya tahu bila perlu bertenang.
- Saya boleh berempati dengan orang lain.
- Saya masih boleh tersenyum walau dalam cabaran.
Langit hari ini cerah, dan semoga begitu juga hati kita.
Kerana bila emosi terurus, prestasi bukan saja meningkat
tetapi kehidupan juga jadi lebih lapang dan bermakna.
“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi.”
(Surah Ali-Imran, ayat 8)
Aamiin ya Rabb.
Jom Sertai Kami & Bina Pasukan Kerja yang Lebih Hebat
Nak tengok team anda lebih fokus, bertenaga dan bersemangat di tempat kerja?
Kami tawarkan pelbagai latihan & bengkel profesional — dari kemahiran insaniah, kepimpinan, kesejahteraan mental hinggalah komunikasi berkesan. Semua dirangka khas untuk bantu organisasi capai prestasi terbaik.
📌 Tempah slot anda hari ini dan mulakan langkah ke arah budaya kerja yang lebih sihat, produktif & berimpak tinggi!
👉 Klik sini untuk dapatkan sebut harga sekarang!
#MentalHealthMatters #emotionalintelligence #SelfLeadership #DrAzuraHashim #Mediv #KesihatanMental #hrdcorpclaimablecourse









