Tarikh: 21 Januari 2025
Tempat: Zoom (Online)
Speaker: Dr. Azura Hashim
Klien: IM Global Property Consultants Sgn Bhd
Alhamdulillah. Selesai sudah sebuah program penuh inspirasi bertajuk “Fostering Growth Mindset for Ultimate Productivity” bersama lebih 100 orang peserta dari team IM Global yang hadir dari seluruh Malaysia. Suasananya memang luar biasa — ada aura semangat, kesedaran, dan momen “aha” yang membuat ramai mula melihat hidup dan kerja dari perspektif yang lebih produktif dan bermakna.
Program ini dibina khas sebagai sebahagian daripada inisiatif productivity training dan self-leadership development, dengan fokus membina growth mindset dalam kalangan peserta. Bila individu mampu ubah cara fikir mereka — daripada statik kepada berkembang — barulah produktiviti dan keberkesanan kerja boleh meningkat dengan konsisten.
Antara feedback peserta?
🗣 “Program ni best gila! Rasa macam dapat recharge semula semangat hidup.”
🗣 “Belajar benda baru tanpa rasa bosan. Setiap topik rasa dekat dengan diri.”
🗣 “Program ni buat saya sedar apa yang penting dalam hidup saya.”
Ayat yang sering saya kongsikan dalam program dan sentiasa menyentuh hati:
“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri.”
(Surah Ar-Ra’d: 11)
Untuk capai produktiviti sebenar, perubahan mesti bermula dari dalam. Kita kena ubah cara fikir, cara melihat diri, dan cara bertindak. Kadang-kadang, langkah kecil hari ini boleh bawa kepada perubahan besar esok. Dan jangan lupa, doa adalah sebahagian daripada strategi.
Antara key takeaways kegemaran peserta:
⭐ Bina matlamat yang jelas – Bila kita tahu apa yang kita nak, langkah jadi lebih fokus.
⭐ Percaya pada diri sendiri – Kita tak perlu tunggu orang lain yakinkan kita untuk mula.
⭐ Bersyukur – Banyak nikmat Allah dah beri, cuma kadang kita terlepas pandang.
Program ini bukan sekadar perkongsian teori, tetapi satu sesi pengaktifan potensi diri, menyuntik semula keyakinan dan menyemai nilai positive mindset di tempat kerja. Bila peserta hadir dengan hati terbuka dan semangat yang menyala, impak program jadi luar biasa.
Terima kasih kepada semua yang hadir — anda memang luar biasa. Bukan sekadar hadir fizikal, tetapi hadir dengan kesediaan untuk berkembang.
Dan terima kasih tak terhingga kepada pihak penganjur kerana memberi kepercayaan untuk saya menyampaikan mesej yang sangat dekat di hati.
Saya doakan setiap langkah kalian dipermudahkan dan diberkati.
Teruskan perjalanan perubahan ini dengan yakin dan tindakan yang konsisten.

Jom Bersama Kami & Bina Pasukan Kerja yang Lebih Hebat
Nak tengok team anda lebih fokus, bertenaga dan bersemangat di tempat kerja?
Kami tawarkan pelbagai latihan & bengkel profesional — dari kemahiran insaniah, kepimpinan, kesejahteraan mental hinggalah komunikasi berkesan. Semua dirangka khas untuk bantu organisasi capai prestasi terbaik.
📌 Tempah slot anda hari ini dan mulakan langkah ke arah budaya kerja yang lebih sihat, produktif & berimpak tinggi!





