Program Kesihatan Mental : Kunci Keseimbangan Hidup & Kerjaya (SALAM Specialist Hospital, Kuala Terengganu)

Tarikh: 17-18 Mei 2025
Tempat: Primula Beach Resort, Kuala Terengganu
Speaker: Dr. Azura Hashim
Klien: SALAM Specialist Hospital, Kuala Terengganu

 

“Sebelum ni… saya cepat stres, cepat marah. Tapi lepas dua hari ni — saya lebih tenang dan sayang diri sendiri.”
Itulah antara luahan hati seorang peserta Kursus Kesihatan Mental: Kunci Keseimbangan Hidup & Kerjaya yang berlangsung minggu lepas di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu.
Peserta program ini adalah barisan pemimpin organisasi — dari General Manager, Head of Department hingga ke pengurus unit termasuk juga doktor medical.
Dan MasyaAllah, pesertanya sangat best — terbuka, berani berkongsi dan benar-benar mahu berubah.

3 perkara yang paling banyak disebut peserta:

• Saya belajar untuk sayangi diri
• Saya mula hargai momen kecil dalam hidup
• Saya kini tahu cara kawal stres dengan lebih bijak

3 tip pengurusan emosi yang mereka bawa pulang:

1️⃣ Berhenti sekejap untuk bernafas.
Beri ruang untuk otak dan jiwa bertenang. Jangan terus react — latih diri untuk pause dan reflect.
2️⃣ Tanya soalan yang betul pada diri.
Contohnya: “Apa yang sedang aku rasa?”
Bukan terus salahkan orang atau situasi.
Emosi yang difahami adalah emosi yang mudah dikawal.
3️⃣ Belajar sayangi diri tanpa rasa bersalah.
Self-care bukan selfish. Bila kita penuh dari dalam, barulah kita mampu beri lebih — dengan ikhlas dan bahagia.
Dan Alhamdulillah…
Semua peserta beri rating 5/5.
Malah ramai yang berkongsi:
“Program ni perlu diteruskan. Bukan untuk pemimpin saja. Tapi untuk semua staf.”
Terima kasih atas jemputan dan kepercayaan.
InsyaaAllah, sampai kita jumpa lagi di program akan datang.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka.” ( Surah Ar-Ra’d, ayat 11 )
“Healing doesn’t mean the damage never existed. It means the damage no longer controls our life.”

Jom Sertai Kami & Ubah Suai Suasana Tempat Kerja Anda

Ini peluang terbaik untuk bantu team anda kuasai skil penting supaya mereka lebih tenang, fokus dan tahan stres dalam dunia kerja yang makin mencabar.

Latihan mindfulness bukan sekadar untuk jaga emosi dan kesihatan mental — ia juga bantu tingkatkan prestasi, kerjasama dan semangat kerja dalam syarikat anda.

📌 Tempah tempat anda hari ini dan mulakan langkah pertama ke arah suasana kerja yang lebih positif & produktif!

👉 Klik sini untuk minta sebut harga sekarang!