Program Potensi Diri & Ramadan (ShinEtsu)

Tarikh: 11 Mac 2025
Tempat: ShinEtsu
Speaker: Dr. Azura Hashim
Klien: ShinEtsu

 

“Dr, esok slot kongsi tentang potensi diri.” Mesej dari Coach Mohd Sani semalam.
Jemputan ini saya dah terima lama. Dan menariknya, dah 4 tahun berut- turut saya berada disini.
Tapi tajuk baru dapat semalam.

Saya baca mesej tu, berfikir, mungkin ini yang mereka perlukan…
“Baik, insyaAllah.”

Dalam hati…
“Macam mana nak sampaikan cara mudah dan dekat dengan mereka?”

Bila tengok senarai penceramah lain, semuanya otai, hebat-hebat belaka.
Jujur, rasa kerdil.

Tapi saya percaya, Allah tak jemput kita ke sesuatu tempat tanpa sebab.
Maka, saya pilih untuk berkongsi sesuatu yang dekat di hati.

 

Bahagia itu tentang apa?

Saya tanya mereka tadi:
“Siapa di sini rasa kalau ada duit banyak, hidup akan jadi lebih mudah?”

Ramai yang senyum dan angguk.
Tapi hakikatnya…

Ada orang kaya, tapi tetap diuji.
Ada yang mengalami ujian berat, tetapi tetap kuat dan bahagia.
Ada rumah kecil, tapi hatinya tenang.
Ada rumah besar, tapi fikirannya penuh kegelisahan.

Jadi, bahagia itu tentang apa?
Bukan tentang duit semata.
Bukan tentang kejayaan semata.

Tapi bagaimana kita memanfaatkan potensi diri kita.
Dan bulan Ramadan ini adalah peluang untuk kita ‘reset’ hati dan fikiran.

Dia macam ni…
Metafora benih kecil yang menjadi pokok besar.

Bayangkan ada satu benih kecil.
Kalau kita biarkan dia terbiar, tak ditanam, tak disiram, dia tetap benih.
Dia tak akan jadi apa-apa.

Tapi kalau kita sirami, bajai, jaga baik-baik, lama-lama dia tumbuh besar, kuat, dan berbuah.

Begitu juga dengan kita.
Setiap orang ada benih kehebatan dalam diri.

Cuma kita tak tahu bila nak mula.
Atau kita takut untuk berkembang.

Dan Ramadan ini adalah ‘cahaya & air’ terbaik untuk kita menyuburkan potensi diri kita.

Saya tanya peserta tadi:
“Siapa pernah rasa diri biasa-biasa je?”
“Siapa pernah rasa nak berjaya, tapi tak tahu nak mula dari mana?”

Saya cerita tentang dua insan yang dulu dianggap biasa-biasa…

Dato’ Seri Vida – Dahulu seorang guru sekolah. Pernah bekerja di kilang, jual bonsai untuk cari duit lebih.
Hari ini? Jutawan & ikon perniagaan.

Dato’ Seri Aliff Syukri – Dulu budak kampung jual kuih dari rumah ke rumah. Tidak tamat universiti pun.
Hari ini? Empayar perniagaannya bernilai jutaan ringgit.

 

3 Sebab Kenapa Kita Perlu Kembangkan Potensi Diri

P – Percaya pada kebolehan diri

Ramai orang tak berkembang sebab mereka sendiri tak yakin pada kebolehan diri mereka.
Potensi kita takkan muncul kalau kita sendiri tak percaya kita boleh lakukan sesuatu.

O – Orang lain boleh terinspirasi dengan kita
Apabila kita mengembangkan potensi diri, kita bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri, tetapi juga kepada orang di sekeliling kita.
Contoh: Seorang ibu yang berusaha belajar perkara baru bukan sahaja membaiki dirinya, tetapi juga memberi inspirasi kepada anak-anaknya.

W – Win dalam hidup dengan syukur & usaha

Orang yang menggunakan potensi mereka sepenuhnya akan rasa lebih puas dalam hidup.
Syukur dengan apa yang ada, tetapi tetap berusaha untuk berkembang.

Wujudkan juga hidup yang bermakna.

 

3 Cara Untuk Menggilap Potensi Diri

G – Gali Kelebihan Diri

  • Setiap orang ada sesuatu yang dia boleh buat lebih baik daripada orang lain.
  • Tanya diri: “Apa satu benda yang aku pernah buat yang buat aku bangga?”
  • Atau apa yg orang selalu puji kita.
  • Apa yg kita buat semangat sangat?

A – Ambil Tindakan Kecil Setiap Hari

  • Potensi tak akan berkembang kalau kita hanya fikir dan tunggu.
  • Mulakan dengan langkah kecil!

Rasa- rasa kalau Dato Alif dan Dato Vida tak mulakan satu tindakan, mereka akan jadi mcm sekarang tak?

D – Doa & Percaya Pada Ketentuan Allah

  • Doa adalah senjata paling kuat.
  • Ramadan adalah masa terbaik untuk minta perubahan, keberkatan, dan pertolongan daripada Allah.
  • Usaha + Doa = Keajaiban hidup.

3 Penghalang Kenapa Potensi Diri Tak Berkembang (Acronym: S.A.M.)

S – Selalu Bertangguh

  • “Aku nak berubah… tapi nanti lah.”
  • Potensi diri hanya berkembang apabila kita bertindak SEKARANG.

A – Alasan Terlalu Banyak

  • “Saya tak pandai…” “Saya tak ada masa…” “Saya tak cukup bagus…”
  • Orang berjaya bukan sebab mereka lebih hebat, tetapi kerana mereka kurang beri alasan!

M – Mentaliti Takut Gagal

  • Takut gagal = tak cuba langsung.
  • Lebih baik gagal tetapi belajar sesuatu, daripada tak cuba langsung.

Pemikiran -> emosi -> tingkahlaku

Kadang-kadang, kita tunggu saat yang sempurna:

  • Untuk bersuara.
  • Untuk mengejar impian.
  • Untuk mencuba sesuatu yang baru.

Tapi kita sebenarnya sentiasa cukup.
Cuma kita perlukan saat yang tepat untuk menyedarinya.
Dan Ramadan ini mungkin saat itu.

Ramadan bukan sekadar tentang ibadah, tetapi juga tentang transformasi diri.
Bulan di mana kita boleh mula menggali dan mengembangkan potensi diri kita.

Kerana dalam bulan ini, Allah bukan sekadar beri pahala yang berlipat ganda… tetapi juga peluang untuk kita menjadi lebih baik daripada semalam.

Saya harap, sedikit ilmu yang saya sampaikan tadi boleh beri impak kepada semua yang hadir. Satu- satunya tempat ceramah, kasut kena tukar pakai selipar kat dalam. Atas sebab peraturan kilang.

Peserta pun sporting. Laju aje diorang jawab soalan- soalan kuiz tadi..
Terima kasih atas jemputan & kepercayaan.
InsyaAllah, sampai jumpa lagi!

 

Jom Bersama Kami & Bina Pasukan Kerja yang Lebih Hebat

Nak tengok team anda lebih fokus, bertenaga dan bersemangat di tempat kerja?

Kami tawarkan pelbagai latihan & bengkel profesional — dari kemahiran insaniah, kepimpinan, kesejahteraan mental hinggalah komunikasi berkesan. Semua dirangka khas untuk bantu organisasi capai prestasi terbaik.

📌 Tempah slot anda hari ini dan mulakan langkah ke arah budaya kerja yang lebih sihat, produktif & berimpak tinggi!

👉 Klik sini untuk dapatkan sebut harga sekarang!