Program Train The Trainer (Takaful IKHLAS)

Tarikh: 12-13 Februari 2025
Tempat: Park Inn by Radisson, Putrajaya
Speaker: Dr. Azura Hashim & Tn Ahmad Firdaus Mahmod
Klien: Takaful IKHLAS

Alhamdulillah, selesai sudah program Train The Trainer bersama barisan trainer dan key leader Takaful IKHLAS dari seluruh Malaysia. Program yang berlangsung selama dua hari ini bukan sekadar latihan teknikal, tetapi sebuah sesi pembangunan menyeluruh untuk memperkasa individu yang akan menjadi ejen perubahan dalam industri.

Lebih istimewa, sesi malam diserikan dengan kehadiran CEO Takaful IKHLAS yang turun padang — bukan sekadar memberi ucapan, tetapi berkongsi aspirasi dan visi masa depan industri takaful. Walaupun masih baru dilantik, gaya kepimpinan beliau yang merendah diri dan berjiwa rakyat benar-benar memberi inspirasi kepada semua yang hadir.

Kenapa program ini penting?

Menjadi trainer bukan sekadar berdiri di hadapan dan menyampaikan fakta. Ia tentang mengubah cara orang berfikir, merasai, dan akhirnya bertindak.

Kami percaya bahawa seorang trainer yang hebat mampu:

  • Menyampaikan mesej dengan penuh empati
  • Menyentuh hati peserta melalui penceritaan
  • Membangkitkan semangat dan tindakan positif

Dan inilah fokus utama kami sepanjang program:

  • Teknik bercerita yang melekat di hati
  • Membina keyakinan dalam penyampaian
  • Mengendalikan audiens & menangani cabaran
  • Menjadikan setiap sesi lebih engaging & impactful

Bila trainer hebat, industri melonjak.

Trainer bukan sahaja menjadi penyampai ilmu — mereka adalah pemangkin pertumbuhan industri. Apabila lebih ramai orang faham, percaya, dan bertindak dengan ilmu yang betul, industri takaful akan berkembang lebih jauh dengan lebih mantap. Latihan ini bukan sahaja membina skil, tetapi membentuk mindset dan kehadiran seorang pemimpin dalam dewan latihan.

Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh keluarga besar Takaful IKHLAS atas kepercayaan dan komitmen luar biasa. Semoga segala ilmu dan pengalaman sepanjang program ini menjadi titik mula kepada legasi baru dalam dunia latihan takaful.

Kita terus maju, kita terus membina. Bersama.

 

Jom Bersama Kami & Bina Pasukan Kerja yang Lebih Hebat

Nak tengok team anda lebih fokus, bertenaga dan bersemangat di tempat kerja?

Kami tawarkan pelbagai latihan & bengkel profesional — dari kemahiran insaniah, kepimpinan, kesejahteraan mental hinggalah komunikasi berkesan. Semua dirangka khas untuk bantu organisasi capai prestasi terbaik.

📌 Tempah slot anda hari ini dan mulakan langkah ke arah budaya kerja yang lebih sihat, produktif & berimpak tinggi!

👉 Klik sini untuk dapatkan sebut harga sekarang!