Program Teambuilding Sinergi: Ke Arah Pengukuhan Organisasi bersama JKR

Tarikh: 14-16 Februari 2025
Tempat: Avillion Admiral Cove, Port Dickson
Speaker: Dr. Azura Hashim & Tn Ahmad Firdaus Mahmod
Klien: JKR (Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP))

 

Masya Allah, selesai sudah perjalanan tiga hari dua malam yang penuh makna bersama peserta dari Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP), JKR (Jabatan Kerja Raya). Program bertajuk “Program Sinergi: Ke Arah Pengukuhan Organisasi” ini bukan sekadar kursus – ia adalah satu pengalaman transformatif yang menyentuh hati dan membuka minda.

 

Aura Positif, Semangat Tinggi

Peserta terdiri daripada barisan key person dan pemimpin utama dalam organisasi, dan dari awal hingga akhir, kehadiran mereka cukup mencetuskan inspirasi. Kami dapat merasai dengan jelas semangat, kegembiraan, dan komitmen untuk terus berkembang dan menyumbang secara lebih berkesan dalam organisasi.

Bila sebut tentang teamwork, satu konsep penting dari buku QBQ (The Question Behind The Question) terlintas di fikiran:

Untuk membina pasukan yang hebat, setiap individu mesti menjadi hebat terlebih dahulu.

Dan sepanjang program ini, kami menyaksikan konsep ini dihidupkan sepenuhnya. Setiap peserta tampil mengambil tanggungjawab atas peranan masing-masing — bukan sekadar untuk diri sendiri, tetapi untuk pasukan mereka.

 

Sinergi yang Dibina, Nilai yang Dibawa

Setiap individu membawa nilai dan kekuatan tersendiri. Melalui aktiviti reflektif, sesi praktikal, dan perbincangan strategik, kami menyaksikan bagaimana nilai-nilai ini dirangkum menjadi satu sinergi yang membentuk pasukan yang lebih kukuh, berdaya saing, dan sehaluan dengan misi organisasi.

Antara hasil ketara dari program ini termasuk:

  • Pemahaman mendalam tentang peranan masing-masing dalam organisasi
  • Kemahiran komunikasi dan kolaborasi yang lebih efektif
  • Kesedaran terhadap pentingnya kepimpinan berteraskan akauntabiliti
  • Motivasi untuk terus belajar dan berkembang sebagai satu pasukan

 

Lebih Daripada Kursus — Satu Pengalaman Bermakna

Apa yang menjadikan program ini lebih istimewa ialah hubungan yang terjalin sepanjang sesi. Urusetia program sendiri turut meluahkan rasa syukur atas peluang untuk bekerjasama dengan team Dr Azura Hashim. Ia bukan sekadar training, tetapi satu pengalaman mendalam yang memperkukuhkan ukhwah, kefahaman, dan semangat berpasukan.

Kami doakan agar segala input dan pengalaman ini kekal segar di hati, dan terus memberi impak dalam kehidupan dan kerjaya para peserta.

Moga team CKIP JKR terus melangkah maju, terus bersinergi, dan menjadi pemacu perubahan dalam organisasi. Kerana apabila setiap individu memilih untuk menjadi lebih hebat, dari situlah terbinanya pasukan yang luar biasa.

Terima kasih atas jemputan dan kepercayaan. Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan untuk lebih banyak kejayaan dan kesepaduan.

 

Jom Sertai Kami & Bina Pasukan Kerja yang Lebih Hebat

Nak tengok team anda lebih fokus, bertenaga dan bersemangat di tempat kerja?

Kami tawarkan pelbagai latihan & bengkel profesional — dari kemahiran insaniah, kepimpinan, kesejahteraan mental hinggalah komunikasi berkesan. Semua dirangka khas untuk bantu organisasi capai prestasi terbaik.

📌 Tempah slot anda hari ini dan mulakan langkah ke arah budaya kerja yang lebih sihat, produktif & berimpak tinggi!

👉 Klik sini untuk dapatkan sebut harga sekarang!